Weekly Antidote
Ahad, 14 Februari 2021
Nota Perpisahan - Bahagian 2
Nota Perpisahan - Bahagian 1
Salam daripadaku, Qalam Azirah...
Sabtu, 13 Februari 2021
Kekuatan Sebenar Ada Pada Mu - Bahagian 1 (Puisi)
Kesyukuran Terlihat Pada Hati - Bahagian 1
Pernah dengar,
"The real happiness is gratitude"
??
Ah, kadang-kadang malas juga aku mahu ceritakan banyak perkara.
Sebagai teladanlah, katakan.
Tapi, perlu juga!
Kalau tak, ada yang lupa sekecil-kecil kenikmatan yang Tuhan bagi.
Kepada kita semua...
ALLAH MAHA BAIK DAN PENYAYANG
Takkan Terhenti Sebuah Pengharapan - Bahagian 1
Betapa manusia tersekat oleh namanya pemikiran yang bertali arus dengan kerisauan, kebimbangan seperti orang yang kematian akal - sempit.
Begitulah, tanggapan orang sekeliling terhadap keadaan yang berada di sekelilingku.
Sudahlah kau risau akan cubaan dan langkah yang bergema di atas titian perjalananku.
Begitulah yang sudah makan garam dulu menyifatkan diri sendiri sudah banyak pengalaman sedangkan yang terseksa nanti - generasi yang mendatang.
Aku sedar segenap harapan yang dipasang dek perasaan dan akal ini membuatkan mereka pandang tingginya aku mengirai sayapku. Meski, pada mata kepunyaan mereka, aku tidak ubah seperti hanyalah kanak-kanak yang baru bertatih.
Ya, tidak apalah kalau hendak merisau tandanya kasih dan sayang.
Tapi, sampai bilakah hendak mereka melekehkan dan menjunamkan harapan yang ditembok tinggi hatta melebihi awan yang paling tinggi sekalipun?
Sehinggakan, perasaan dan hati ini tidak habis memutarkan kata-kata mereka.
Jauh sekali kata-kata yang membina.
Jangan kau berani sangat! Dunia sebenar bukan seperti yang ada dalam fikiranmu!
Tapi, aku tetap setia pada apa yang aku fikirkan. Maaf, sesungguhnya Tuhan lebih tahu - Azirah
Susah!
Memang susah hendak aku utarakan sebuah kenyataan.
Keyakinanlah yang menjadikan aku setekad ini.
Aku yakin sekali bahawa kejayaan perlu diharungi walaupun sempitnya peluang - ruginya keduniaan - hilangnya kemegahan.
Asbab pengakhirannya bakal menampakkan sebuah biasan yang ketara.
Yakni, kejayaan.
Kau tahu, bukan? Setiap manusia ada impian. Cepat atau lambat, kita semua akan jumpa kunci sebuah kegembiraan selain daripada rahmat Allah, kasih keluarga, rakan serta masyarakat, tapi... sebuah kerjaya yang diberikan setulus khidmat dan manfaat.
Aku terlalu sayang akan harapan yang terbina itu.
Andainya aku dapat khabarkan kepada semua orang betapa nirmalanya perjuangan yang aku cipta, betapa sempurnanya akal yang diberikan tuhan pada setiap daripada kita - sehinggalah aku menjadi seorang gadis yang lupa sejenak makna kegagalan dan realiti penghidupan - yang pada amatanku, tidak akan pernah menang jika usaha dan kepercayaan melebihi segala-galanya.
Aku masih sama.
Tiada yang beza saat aku membidas kata-kata mereka.
Aku cuma mahukan sebuah perjalanan yang sesekali diterbangkan angin monsun - terjadinya kerana sudah suratan - bukanlah kepercayaan dan pegangan orang yang terlalu pahit untuk dibawa bersama - di setiap simpangan cerita atas nama kita.
Tahukah kau bahawa cerita itu mutlaknya atas namaku bukan dirmu...?
Aku sakit juga, hakikatnya.
Apabila yang tua-tua, pemegang ijazah bergulung-gulung, umurnya berdekad lebih, katakan padaku bahawa tidak bisa untuk aku mulakan semuanya sekarang.
Aku ada komitmen yang menuntut aku lebih kepadanya - keluargaku susah - adik-beradikku ramai - ekonomi keluarga surut sentiasa...
Ya, aku akui semua itu benar. Tapi, biarlah aku mula dari bawah bersama akar cinta dan minat itu sehinggalah tumbuhnya buah masak ranum dan tinggi-tinggi bukan rendang mahupun mati sekerat jalan.
Aku terpaksa berkorban.
Ya, aku tahu itu. Aku perlu berkorban.
Mungkin juga masa dan tenaga, namun perlukah mereka kaitkan soal minat dan cita-cita?
AH! PAYAU DAN PAHIT SEKALI...
Apabila sang keluarga yang tahu hanya menakut-nakutkan, mempersendakan, bagaimana harus setiap jiwa bebas mengembara?
Aku tahu Tuhan itu adil dan pemurah. Semoga Dia bantu aku agar tegaknya pendirianku ini bukan sekadar tegak, tapi biarlah tegaknya sampai berbuahkan hasil.
Memang rezeki Tuhan bukan dalam perhitungan kita, kan?
![]() |
Bunganya nanti biarlah bawa manfaat - Azirah |
SEBULAT AKSARA
Semalaman - tercarinya sang benak Gumpalan aksara yang manis dibuat pena. Andai bermanfaat - tidaklah walang pembacanya. Andai kritikan - pi...
-
Salam daripadaku, Qalam Azirah... Di sini, aku sambungkan titik perjalanan hidup sebagai pencinta. Pencinta ilmu Demikianlah perjalanan hi...
-
Salam, Qalam Azirah. Hari ini, aku ingin ketenangan membelai peraduanku. Bersama tinta yang penuh barakah dan kebahagian, Semog...
-
Salam dariku, Qalam Azirah DARI LEMBARAN JUZUK HIDUP SEORANG AZIRAH Sebermulanya penghijrahanku pada 2 Januari 2020 di sekolah ini, aku me...